Friday, 17 October 2014

PAGAR !



Wahai Pagar..
Peliharalah diri
Jangan memakan hati
Seperti pilunya nasib pagi

Wahai Pagar..
Bantulah diri
Untuk kembali mencari erti
Dari serpihan yang berbaki




Wahai Pagar..
Lindungilah diri
Dari rosaknya qalbi
Juga fasadnya mimpi

Wahai Pagar...
Tolonglah mengerti
Hati ini tak mampu memberi
Jangan kau hilangkan seri

Oh Pagar..
Kaulah si Malu


Kaulah si Iman


dinukilkan ketika :
Muhadhoroh Nathar Hadis
Fasal Thani 2014
Mujamma' Jadid :) :) :)


Thursday, 9 October 2014

back to school !!

sepatutnya aku post benda ni minggu lepas.. tapi apakan daya..

.
.
.
.
.

sempena esok dah nak bukak sekolah, aku dengan Enchek Suami aku pon plan satu majlis (errrr..)
Majlis Suka Suki.
kononnya ala-ala BBQ gitu.. tapi semua aktiviti dalam rumah kami je pon.
tengah-tengah merancang malam Jumaat tu, kami fikir macam tak best pulak kalau kami berdua ja.
almaklumlah.. hari-hari berdua. kadang-kadang bohsyan jugak kan...?

so, kami cari lah geng. sape lagi kalau bukan geng Yaman jugak. Kakwa + Kaknad. Ada lagi kawan aku, tapi kali ni panggil dorang dulu lah.. next time turn kawan lain pulak.. eceehhh.. macam ramai pulak kawan aku ni.. (tapi ramai lah jugak) hahahah :D :D


MENU yang dirancang
Satay ayam
Kuah kacang
Nasi impit/ketupat nasi
Buah buahan


menunya lebih kurang macam ni laa...

malam tu jugak call Kaknad. tanya dia free ke tak Sabtu nanti.
Dia cakap okay je.
·         Kaknad - SETTLED !!


so, kami bahagi tugas :

aku & suami :
·         beli ayam
·         perap ayam
·         beli lidi

Kaknad :
·         beli kacang tanah
·         beli beras mesir
·         beli plastik
·         beli timun
esoknya, hari Jumaat lebih kurang lepas Asar macam tu lah aku dengan suami aku keluar ke suq Mutah (pekan) cari ayam..
kat sini ada ayam frozen.
ada ayam fresh.
dan semestinya pilihan kali ini - ayam fresh. buat satay kalau guna ayam frozen mesti tak sedap, kan?


Kebetulan petang tu semua kedai tinggal ayam yang bersaiz besar je. yang kecil dan sederhana dah habis. maklumlah cuti hujung minggu ni, memang pak arab and mak arab akan borong banyak-banyak pon..
jadi, kami beli yang besar jugak lah.
chicken price = JD 4.80
lepas tu, pergi cari lidi then balik rumah.

lepas Isya' macam tu barulah suami aku call Kakwa. tanya dia free ke tak. tapi tak cakap pulak yang kami nak buat Majlis Suka Suki.
cakap kat dia, datang rumah lepas ZOhor esok eh.. dia cakap okay !
so....
·         Kakwa - SETTLED !!

11.00 malam barulah kami perap isi ayam tu. resepi apa aku pun tak tahu.
Suami aku punya la semangat nak perap ayam. bahan-bahan perapan dia yang sediakan.
dia blender,
campak-campak bahan perapan tu,
dia jugaklah yang gaul perapan tu..
eksaited takk? haha
jangan tak tahu, MR. F pandai masak tauuu.

siap perap, kitorang pon tidur !!
zZzZZzz...


SABTU !

masa yang dinantikan telah tiba..
masuk je waktu Zohor, kami terus solat. semangat nak tunggu Kakwa + Kaknad datang.
15 minit..
20 minit...
takde sape datang pon.. sambil-sambil tunggu tu, aku sempat lagi iron baju kuliah suami aku untuk seminggu ni. senang sikit. nanti dah sampai masa mood iron aku tak datang.. laki aku nak pakai baju ape... hee (malas betul aku ni kann)

agak dah nak habis iron tu ....

ting tong... ting tong...
kakwa dah sampai !!! ngeeee
tunggu kaknad je.
dari pukul 12.30 p.m. sampailah ke azan Asar kitorang tunggu, barulah Kaknad muncul. Dia ada hal dengan ayah dia kat facebook. itu yang lambat tu.. tapi its okay.. program masih berjalan seperti biasa.
masa kakwa sampai tadi, dia tanya aku, ada ape harini? kenapa tiba-tiba ajak datang rumah?
aku jawab, "kita ada meeting tergempar ni"
muka Kakwa terus berubah.. hahaahaaaaaaaaa
bila Kaknad datang baru dia tau yang kitorang saja nak buat makan-makan.

Bila dah cukup ahli geng jemah, kitorang solat dulu.
then, baca awrod lepas Asar..


Awrod lepas Asar start dengan surah al-Waqiah

Semua awrod ada dalam buku kecil ni.. KHULASOH..-

lepas tu semua pakat fantasyiruuuuuuuu.. masuk dapur.

Enchek Suami adjust api..


bakar satay.. guna pemanggang ajaib je.
nak naik sutuh memang tak mampu le.. angin sojukkk..





malas nak tulis panjang... tengok gambar je ye..
Suasana di tempat kejadian :






















tiba masa menjamu selera.. 




jemput semua......


sambil makan-makan tu kami sembang-sembang..
then, layan cerita siket..



entah macam mana boleh buka drama ni.. drama raya pula tu. sedih kot..
ada jugak la yang tak dapat menahan air mata malam tu..
Tapi seriusly... sebak je aku tengok cerita ni...
kalau korang nak tahu, tengok la sendiri..


Lastly, kaknad + Kakwa balik dalam pukul 11.00 malam macam tu..
hahaha
padahal esok dah sekolah..
tapi tak pe.. dah senior kan. kelas pukul 8.00 pagi pon no hal lahhhh.


Merci kakak-kakak sudi mai umah kami..

Tres merci buat Enchek Firdaus yang tersayang.



ayuhhhh.... !!!


Friday, 3 October 2014


YA TARIM.

Qasidah Ya Tarim. Boleh tengok kat sini




Teks Syair Qasidah Lirik Ya Tarim


يا تريم يا تريم

Yâ Tarîm Yâ Tarîm
Duhai kota Tarim

شيء لله شيء لله

Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بلدة الأولياء

Baldatun al-Auliyâ’
Negeri para wali

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بجاه باعلوي

Bijâhi Bâ ‘Alawî
Dengan keberkahan Bani ‘Alawi

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

حبيبنا الگريم

Habîbunâl karîm
Para kekasih kami yang mulia

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

سقافنا ولي

Saqqôfunâ waliyyun
Al-Habib Abdurrahman Assegaf wali kami

شيء لله شيء لله

Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

المحضر والعيدروس

Al-Muhdlor wal ‘Aydarûs
Al-Habib Umar al-Muhdlor dan al-Habib Abdullah bin Abi Bakar al-Aydrus

شيء لله شيء لله

Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

الحداد والعطاس

Al-Haddâd wal ‘Aththôs
Al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad dan al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

و جميع الوالی
Wa jamî’il wâlî
Dan seluruh para wali

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

وهم ذرية النبي
Wa hum dzurriyyatun-nabî
Mereka mereka adalah para keturunan Nabi Muhammad saw

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بجاه النبي
Bijâhin-Nabî
Dengan kedudukan Nabi kami, berikanlah kami keberkahan Ya Allah

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بجاه شيخنا
Bijâhi syaikhonâ
Dan juga dengan keberkahan guru guru dan orangtua kami

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh