siri IV
· DAR AZ ZAHRA'
sebelum
aku cerita apa yang jadi malam tu, better aku kongsikan sikit info pasal Dar Az
Zahra ni.
Lambang Dar Az Zahra yang diambil dari kunci
Maqam Bintul Batul Fatimah Az
Zahra
Dar Az Zahra terletak kira-kira 200 meter dari
Dar Al Mustofa
Syarat-syarat tambahan untuk permohonan ke Dar Az Zahra
(Cawangan DAR MUSTAFA untuk Muslimat)
nanti
Enchek Suami aku cerita pasal DAR MUSTAFA ni eh.
makluman -
program di Dar Az Zahra setakat ini adalah sehingga peringkat Thanawi
(Menengah) sahaja
1. Kedatangan
dan urusan pendaftaran ditemani mahram.
2. Tempoh
pembelajarannya hendaklah tidak kurang daripada SATU TAHUN.
3. Calon
pelajar akan diletakkan dalam tempoh pemerhatian selama 3 bulan.
4. Menghantar
pemohonan 2 atau 3 bulan sebelum kedatangan.
5.
Kedatangannya adalah ketika waktu Dawrah Soifiyyah
(Kursus Musim
Panas Dar Al Mustofa - 1 Julai setiap tahun)
6. Pemohon
dikehendaki menyediakan :
KEMUDAHAN DAN
PRASARANA
1.
Asrama :
Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin , almari, meja
belajar dan lain lain.
2.
Perpustakaan
3.
Klinik
4.
Bilik tetamu
5.
Kedai buku
6.
kedai makan
7.
Kantin
8.
Kedai runcit
9.
Perkhidmatan
telefon
10.
Perkhidmatan
simpanan dan tukaran wang asing
11.
dan lain lain
Semua
maklumat ni aku ambik dari blog bawah ni.. rasanya tuan punya blog tu student sana
kot.. detail je dia punya info.
http://habibfudhail.blogspot.com/2013/04/pengenalan-dar-al-mustofa-liddirasat_18.html
tapi
aku datang sini sebab join Dawrah Saifiyyah je (Pengajian Musim Panas) pada
sepanjang Ramadhan dan 10 hari terawal Syawal. lebih kurang 40 hari macam tu
la. Bayarannya hanya RM 100. Itupun untuk makanan ja. penempatan semuanya dah diwaqafkan. so, no need to pay lahh.
okay. sambung
balik..
Malam
tu, lepas berpisah dengan geng-geng syabab, kami pon dihantar ke Dar Az Zahra.
Bila
kami masuk je dalam Dar Az Zahra (DZ) tu, ramai akhawat yang beratur memanjang
di pintu masuk !! segan pulak aku nak masuk..
Dalam
10-15 orang kot..
tapi
MashaAllah, semua cantik-cantik.. pakai shawl, baju warna-warni. pendek kata
cantik laa.. depa semua sambut kedatangan tetamu DZ.
Sepanjang
pemerhatian aku, setiap kali ada tetamu Dawrah baru datang mesti students DZ akan
tunggu and sambut tetamu tu.
Lepas bersalam-salaman,
kami dibawa ke Bilik Tetamu.
Dihidangkan
makanan.
Ingat
lagi setalam nasi arab berlaukkan sambal tuna untuk 4 orang !
Sedap..
memang sedap.. masa tu perut aku lapar. Banyak betul aku makan malam tu.
Then,
Kami
disajikan pulak dengan alunan Qasidah oleh adik2 DZ tu. Okey, yang sambut kami
tadi tu semua students Mesia tau. Yang Qasidah tu pon orang yang samo yo..
Dah
kenyang, relex, sembang sikit2 dengan dorang, kami dipanggil ke Bilik
Pendaftaran. Ada sesi tasjil (daftar) :
-
Isi borang
-
Tasmi’ bacaan Al-Quran
-
Tentukan Mustawa (peringkat) kelas
sepanjang Dawrah kami nanti.
yang
aku tengok urusetia pendaftaran tu semua student DZ je. ada dari Indonesia,
Kenya dan Mesia.
Aku
masuk Mustawa satu. sebab aku bukan student Syariah. so, better aku start dari
bawah la.
.jpg) |
| borang pendaftaran Dawrah Saifiyyah |
Dawrah
ni ada 2 kelas.
1.
Kelas Feqh
2.
Kelas Hadis
Dan
setiap kelas ada 3 mustawa.
“Makin
tinggi nombor, semakin tinggi mustawa” – ecewwwwahhh berhipotesis pulak aku.
Kalau
Mustawa Satu macam aku ni,
-
Kelas Feqh aku belajar Kitab Risalah Jaamiah
-
Kelas Hadis, belajar Kitab Mukhtarah Hadis Asy-Syarif.
Pengajarnya
adalah Syeikhah Arab - mostly ustazah2 kat DZ la.. muda-muda lagi. rasa macam sebaya
je umur. Saiz pon lebih kurang. hehh
Sepanjang
dawrah ni, urusetia semuanya dari students DZ yang tak balik bercuti ke negara
masing-masing. Dorang semua berkhidmat untuk dawrah ni.. ikut pembahagian
lajnah masing-masing la.. tapi dorang saaaaaaaaaaangat ringan tulang. tak payah
tunggu orang suruh pon, terus buat je..
sebab....
dorang
kat sini memang diterapkan nilai berkhidmat dalam kalangan pelajar. yang aku
perhati la kan..
kat
kantin ada students mop lantai
kat
dapur ada students serve makanan
kat
musolla pon ada students susun alQuran, sapu sampah
sampai
kat toilet pon ada students tolong cucikan..
kiranya
buat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. cukuplah sekadar ganjaran
daripada Allah.
yahhh,
thats all.
okay..
sekarang aku nak share ...
jadual aku sebagai pelajar dawrah pada 1
Ramadhan 1435 H :
8.50
p.m.
: Pengumuman Puasa Ramadhan.
Masa
tu aku dan pelajar lain tengah makan malam lepas Isya'. kami semua ingat esok
tak puasa lagi sebab takde sapa2 pun yang umum.. sekali time makan tu ada
annaucement. habis bergegar DZ dengar suara semua orang bersorak gembira..
macam dengar pengumuman raya dah. Masa tu aku rasa sebak sangat. sebab seumur
hidup aku tak pernah lagi aku tengok orang sambut Ramadhan sampai macam tu
sekali. Ada yang melompat-lompat, ada yang bergelak gembira, ada yang
berpeluk-pelukan, tak kurang jugak yang menangis meraikan kedatangan Ramadhan.
Solat
Terawih 20 rakaat + Witir 3 rakaat.
11.00
p.m. : Kelas Feqh.
Untuk
kelas Mustawa Satu macam aku ni ramai sanagt pelajar. Arab lagi, Melayu lagi.
memang ramai. Sebab yang datang Dawrah ni ada yang takde basic bahasa Arab pon.
so, bila ustazah Arab yang ajar memang tak paham ape la kan.
InshaAllah,
MasyaAllah,
Allahu
akbar tu la yang paham pon..
So,
Urusetia Dawrah susun bagi ada yang mengajar dalam bahasa Melayu. so, bagi
Mustawa Satu dibahagikan kepada dua kelas pulak.
1
kelas dalam bahasa Arab.
1
kelas dalam bahasa ibunda- Melayu.
Baru
la peserta Dawrah-Melayu faham kan.. kalau tak, rugi jugak la datang jauh-jauh,
mahal lagi tapi tak paham apa yang belajar sepanjang Dawrah tu.
Tapi
untuk Mustawa Satu je lah. Mustawa Dua dan Tiga still fully in Arabic. sebab
semuanya ada basic Arab dah. takde masalah la.
12.00
a.m. : Pengajian Hubabah Nour. درس حبابة نور
lepas
sejam belajar Feqh di tingkat atas, kami berpindah pulak di halaman DZ kat
bawah untuk ikuti pengajian dengan Hubabah Nour.
Nak tahu sape Hubabah Nour ni?
Hubabah
Nour adalah Isteri kepada Habib Umar bin Muhammad
bin Salim bin Hafidz. Pengasas Darul
Mustafa. alaa yang datang Mesia tu.. Habib Umar ni macam ketua la ni kawasan
ni.
Antara kitab yang Hubabah Nour kupas sepanjang Dawrah ialah :
1. Kitab
Al-Azkar - karanagan Imam Ghazali
2.
Kitab An-Nafahatur Ramadhaniah - karangan bapa Hubabah Nour sendiri.
3.
Kitab satu lagi aku tak ingat nama apa. tapi dalam kitab tu ada kata-kata/nasihat
habib untuk setiap malam di bulan Ramadhan. bermula dari 1 Ramadhan - 30
Ramadhan.
 |
| Kitab Al-Adzkar karya Imam Ghazali |
Orait..
Sapa
pulak bapa Hubabah Nour ni?
Beliau
adalah al-allamah ad-Daeiah ilallah Habib
Muhammad bin Abdullah Al-Haddar. Seorang habib, Wali, Ulama' besar di Yaman ni.
 |
| kitab karangan Hbaib Muhammad bin Abdullah Al-Haddar |
sambung lagi eh..
1.15 a.m. :
Tidur.
Habis
je Dars Hubabah Nour, kami semua naik atas Musollah atas (Musolla Ummu Abiha).
Musolla atas tu guna untuk program-program ja. so, sepanjang Dawrah ni aku situ
la tempat aku beradu tiap-tiap malam.
3.00
a.m. : Sahur + Qiam.
4.00
a.m. : Solat Subuh + Awrad lepas subuh.
5.00
a.m. : Pengajian Habib Umar (Rawhah
Subuh)
Untuk
pengajian selepas Subuh ni, Habib Umar mengajar ilmu Tafsir.
Habib
mengajar secara langsung di Musolla Darul Mustafa. Kami yang ada di Dar Az
Zahra ni tengok live kat screen TV yang dipasang di DZ. Maju kan??
Rawhah
ni pon ada translation melalui Siaran Radio.
terjemah
dalam bahasa Melayu dan bahasa Enggeris. mostly students Dar Mustafa la yang
terjemahkan.
untuk
terjemahan bahasa Melayu frekuensinya 91.3
kalau
English tak ingat pulak.. sebab aku jarang bukak.. hehee
Kelaassssssssss
tak Dar Mustafa ni?????
6.00
a.m. : Dhuha + balik sakan, Tidur.
disebabkan
DZ dah penuh penempatannya, jadi pelajar Dawrah ditempatkan di asrama luar. aku
dapat Sakan Husin. Kat belakang DZ ja pon. jalan sikit sampailah. Kat sini
memang dorang tidur lepas Dhuha.. sampai lah nak Zohor nanti baru bangun. Kalau
keluar time pagi tu memang takde orang pon kat jalan.. Satu Tarim tengah tidur
masa tu. sebab dorang dah berjaga beribadat disebelah malam, so pagi dorang
rehat la.
12.00
p.m.
: Zohor + Halaqah Quran.
 |
| sekadar gambar hiasan |
Solat
Zohor di sakan. Selesai solat baca Awrod lepas Zohor pulak. Lepas tu baru lah
kami start Halaqah Alquran. Group kami ditetapkan oleh urusetia. Disebabkan
sakan aku ada orang Mesia, Kenya.. so, group aku pon ada budak Kenya dan
musyrifahnya pon Kenya jugak- Hafizah tau.
Harapan
ustazah, halaqah ni dapat khatam 10 kali al-Quran sepanjang Dawrah ni.. MashaAllah..
tingginya target.
3.00
p.m. :
Balik DZ + solat Asar + Awrad lepas Asar + Pengajian Habib Umar.
Untuk
Rawhah petang, habib buka bab :
1.
Sirah
2.
Tasawwuf.
6.25
p.m. :
Buka puasa !!
Buka
puasa dengan kurma, air dan kuih-kuih sikit.. lepas tu, terus solat maghrib
berjemaah. Disambung pulak solat Sunat Tasbih berjemaah.
7.30
p.m.
: Baru lah makan nasi. makanan
berat sikit. Macam biasa lah.. makan berjemaah. Satu talam 6 orang.
Alhamdulillah..
 |
| nampak kepala kambing tuuuu?? |
8.45
p.m.
: Solat Isya' + Terawih + Witir
(aktiviti berputar)