Red-Blog.xml
Showing posts with label Yaman. Show all posts
Showing posts with label Yaman. Show all posts

Friday, 3 October 2014


YA TARIM.

Qasidah Ya Tarim. Boleh tengok kat sini




Teks Syair Qasidah Lirik Ya Tarim


يا تريم يا تريم

Yâ Tarîm Yâ Tarîm
Duhai kota Tarim

شيء لله شيء لله

Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بلدة الأولياء

Baldatun al-Auliyâ’
Negeri para wali

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بجاه باعلوي

Bijâhi Bâ ‘Alawî
Dengan keberkahan Bani ‘Alawi

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

حبيبنا الگريم

Habîbunâl karîm
Para kekasih kami yang mulia

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

سقافنا ولي

Saqqôfunâ waliyyun
Al-Habib Abdurrahman Assegaf wali kami

شيء لله شيء لله

Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

المحضر والعيدروس

Al-Muhdlor wal ‘Aydarûs
Al-Habib Umar al-Muhdlor dan al-Habib Abdullah bin Abi Bakar al-Aydrus

شيء لله شيء لله

Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

الحداد والعطاس

Al-Haddâd wal ‘Aththôs
Al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad dan al-Habib Umar bin Abdurrahman al-Attas

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

و جميع الوالی
Wa jamî’il wâlî
Dan seluruh para wali

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

وهم ذرية النبي
Wa hum dzurriyyatun-nabî
Mereka mereka adalah para keturunan Nabi Muhammad saw

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بجاه النبي
Bijâhin-Nabî
Dengan kedudukan Nabi kami, berikanlah kami keberkahan Ya Allah

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh..

بجاه شيخنا
Bijâhi syaikhonâ
Dan juga dengan keberkahan guru guru dan orangtua kami

شيء لله شيء لله
Syai’ lillâh.. Syai’ lillâh

Tuesday, 30 September 2014

DAR MUSTAFA !!

Assalamualaikum.. haaa ini dia Enchek Suami dah maiiiii
entri kali ni biar i pulak yang tulis. asyik Madam F je kan.. lagipon, entri ni pasal madrasah untuk syabab. so, afdhal lagi lah kalau i yang tulis.. dari hati ke hati gitu.. hahahah :D :D :D

okayy. i'll start with this
.
.
.
.
.


·       DAR MUSTAFA

Logo Dar Al Mustofa


Dar Al Mustafa diasaskan oleh
        1. Al Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafizd
        2. Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizd



dan
telah ditubuhkan pada bulan Syawal tahun 1414 H (1993 M)
dan dirasmikan pada hari Selasa 29 Zulhijjah tahun 1417 Hijrah. (1997 M)


TUJUAN DAN MATLAMATnya
Penubuhan Dar Al Mustofa adalah berteraskan 3 matlamat utama :





1. ILMU
Penguasaan  dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada syeikh-syeikh yang mempunyai sanad bersambung kepada Imam Mazhab sehingga kepada sumber yang mulia Nabi Muhammad S.A.W.
2. SULUK   
Penyucian hati dan  jiwa (dari sifat-sifat keji) dan menghiasinya dengan akhlak yang mulia serta beramal dengan sunnah dan akhlak Rasulullah S.A.W ke arah mendekatkan diri kepada Allah taala.
3. DAKWAH
Penyebaran dakwah dengan memperkenalkan Agama Islam dan Sunnah Nabi S.A.W disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik, dan sabar menghadapi kesusahan serta mempunyai pendirian yang teguh.

SISTEM PEMBELAJARAN DAN PROGRAM-PROGRAM

Pengajian dan program yang dijalankan di Dar Al Mustofa adalah seperti berikut :

 1. Pengajian Ulum Syariah
 (Manhaj rasmi)terbahagi kepada 4 peringkat:

 i.   Peringkat Ibtidae' (permulaan)-(المرحلة الابتدائية) tempoh pengajian satu tahun.
ii.   Peringkat I’dadi (pertengahan)-(المرحلة الإعداديtempoh pengajian dua tahun
iii.   Peringkat Thanawi (Menengah)-(المرحلة الثانويةtempoh pengajian empat tahun
    (pelajar dapat mengkhatamkan 30 juz Al quran dan Kitab Riyadus Sholihin  
     secara hafazan)
iv. Peringkat Jami’ah (universiti)-(المرحلة الجامعة)tempoh pengajian empat tahun
    (termasuk 3 bulan untuk praktikal)

2.  Pengajian Tahfiz Al Quran (menghafaz 30 juzu'-1 tahun)

3.  Pengajian Kursus Jangka Masa Pendek (1 tahun)
-di buka untuk pemohon (berkelayakan) yang berminat untuk mendalami 3 matlamat (Ilmu, suluk, dakwah)

4.  Pengajian Kursus Bahasa Arab (1 tahun)
-di buka untuk pemohon yang tiada asas Bahasa Arab


 MATLAMATnya-PEMBENTUKAN AKHLAK :
1.  Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dan mempunyai akhlak yang mulia.
2.  Membaca azkar dan aurad dalam Khulasah Madad An-Nabawi pada waktu yang telah ditetapkan.
3.  Berpuasa sekurang-kurang 3 hari pada setiap bulan (pada tarikh 13,14 dan 15 haribulan hijri)
4.  Bersedekah sekadar kemampuan pada setiap hari

PENYEBARAN DAKWAH :
1.  Mewajibkan pelajar keluar Dakwah Mingguan bermula pagi Khamis sehingga selepas solat Jumaat mengikut giliran.
2.  Ulama’, tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan maqam-maqam para aulia’.
3.  Menghadiri majlis-majlis maulid, Haul-haul ulama yang diadakan pada waktu tertentu.
4.  Mengadakan perjumpaan dengan ulama'-ulama'



KEMUDAHAN DAN PRASARANA
(sama je dengan Dar Zahra')
1.  Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin , almari, meja belajar dan lain lain.
2.  Perpustakaan

 

3.  Klinik
4.  Bilik tetamu
5.  Kedai buku
6.  kedai makan
7.  Kantin
8.  Kedai runcit
9.  Perkhidmatan telefon
10.Perkhidmatan simpanan dan tukaran wang asing
11.dan lain lain

cumanya... haaa.. ada cumanya..
Dar Mustafa ni lagi power tau. Dia ada Stesen radio sendiri
    
                
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN PELAJAR

1.       Membetulkan niat untuk berkhidmat kepada agama Islam dan seluruh muslimin serta berdakwah kepada kebenaran .
2.       Mampu memahami & berkomunikasi dengan Bahasa Arab    ( membaca , menulis , bertutur )
3.       Hendaklah berumur melebihi 18 tahun . Jika  pelajar  berumur  17  dan  ke  bawah  hendaklah  tinggal  bersama  ahli keluarga  atau  penjaga.
4.       Kedatangan ke  Dar Al Mustofa hendaklah melalui pihak perwakilan yang telah ditentukan  oleh Dar Al Mustofa (jika ada).
5.       Bagi pelajar yang yang ingin terus memasuki peringkat I’dadi hendaklah selesai belajar kitab-kitab seperti yang telah ditetapkan di peringkat Ibtida’i. Begitu juga pelajar yang ingin terus memasuki peringkat Thanawi & Jamiah, hendaklah telah selesai belajar kitab-kitab yang telah ditetapkan di peringkat I’dadi & Thanawi.
6.       Lulus ujian penerimaan pelajar baru yang dijalankan di Dar Al Mustofa
7.       Mengemukakan permohonan lebih awal ( Jamadil Awwal@Jamadil Akhir ) dan hadir di Dar Al Mustofa  ketika tempoh penerimaan pelajar baru iaitu di awal bulan Rejab hingga pertengahan bulan Syaaban setiap tahun. ( REJAB – SYAABAN )
8.       Lulus pemeriksaan perubatan semasa kedatangan sebagai jaminan selamat dari penyakit yang berbahaya. ( HIV / Hbs Ag / HCV / HepB )
9.       Berkemampuan untuk membayar yuran-yuran yang ditetapkan :



1. Yuran Dar Al Mustafa
190  USD@
36 000 YER Bayaran untuk setahun

2. Bayaran pemeriksaan darah
7000 YER

3. bayaran visa tahun pertama
50 USD @
9000 YER

4.Bayaran visa untuk tahun seterusnya
8000 YER

5.Bayaran wang jaminan (Tiket pulang-mengikut perubahan harga tiket)
520 USD

6.Yuran pembelajaran (Untuk Kursus Bahasa Arab Sahaja, ditambah dari kos diatas)
550 USD

# rasanya yuran Dar Az Zahra pun samo yo..



p/s:
i pun ambik kat blog yang sama Madam F ambik..
http://habibfudhail.blogspot.com/2013/04/pengenalan-dar-al-mustofa-liddirasat_18.html
boleh rujuk situ ye kalau ada nak cari maklumat tambahan.


·       DAWRAH SAIFIYYAH


*Disamping program-program diatas,  Dar Al Mustofa juga mengadakan Kursus Musim Panas (Dawrah Saifiyyah) pada setiap awal bulan Julai selama 40 hari. Program ini terbuka kepada mahasiswa, guru-guru, kakitangan  kerajaan dan orang awam dari pelbagai negara seluruh dunia.

Saturday, 27 September 2014

Dar Az Zahra

siri IV



·       DAR AZ ZAHRA'

sebelum aku cerita apa yang jadi malam tu, better aku kongsikan sikit info pasal Dar Az Zahra ni.





Lambang Dar Az Zahra yang diambil dari kunci Maqam Bintul Batul Fatimah Az
Zahra



Dar Az Zahra terletak kira-kira 200 meter dari Dar Al Mustofa



Syarat-syarat tambahan untuk permohonan ke Dar Az Zahra
(Cawangan DAR MUSTAFA untuk Muslimat)
nanti Enchek Suami aku cerita pasal DAR MUSTAFA ni eh.


makluman - program di Dar Az Zahra setakat ini adalah sehingga peringkat Thanawi (Menengah) sahaja

1. Kedatangan dan urusan pendaftaran ditemani mahram.
2. Tempoh pembelajarannya hendaklah tidak kurang daripada SATU TAHUN.
3. Calon pelajar akan diletakkan dalam tempoh pemerhatian selama 3 bulan.
4. Menghantar pemohonan 2 atau 3 bulan sebelum kedatangan.
5. Kedatangannya adalah ketika waktu Dawrah Soifiyyah
(Kursus Musim Panas Dar Al Mustofa - 1 Julai setiap tahun)
6. Pemohon dikehendaki menyediakan :

KEMUDAHAN DAN PRASARANA

1.       Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin , almari, meja belajar dan lain lain.
2.       Perpustakaan
3.       Klinik
4.       Bilik tetamu
5.       Kedai buku
6.       kedai makan
7.       Kantin
8.       Kedai runcit
9.       Perkhidmatan telefon
10.     Perkhidmatan simpanan dan tukaran wang asing
11.     dan lain lain


Semua maklumat ni aku ambik dari blog bawah ni.. rasanya tuan punya blog tu student sana kot.. detail je dia punya info.
http://habibfudhail.blogspot.com/2013/04/pengenalan-dar-al-mustofa-liddirasat_18.html


tapi aku datang sini sebab join Dawrah Saifiyyah je (Pengajian Musim Panas) pada sepanjang Ramadhan dan 10 hari terawal Syawal. lebih kurang 40 hari macam tu la. Bayarannya hanya RM 100. Itupun untuk makanan ja. penempatan semuanya dah diwaqafkan. so, no need to pay lahh.


okay. sambung balik..
Malam tu, lepas berpisah dengan geng-geng syabab, kami pon dihantar ke Dar Az Zahra.

Bila kami masuk je dalam Dar Az Zahra (DZ) tu, ramai akhawat yang beratur memanjang di pintu masuk !! segan pulak aku nak masuk..
Dalam 10-15 orang kot..
tapi MashaAllah, semua cantik-cantik.. pakai shawl, baju warna-warni. pendek kata cantik laa.. depa semua sambut kedatangan tetamu DZ.
Sepanjang pemerhatian aku, setiap kali ada tetamu Dawrah baru datang mesti students DZ akan tunggu and sambut tetamu tu.

Lepas bersalam-salaman, kami dibawa ke Bilik Tetamu.
Dihidangkan makanan.
Ingat lagi setalam nasi arab berlaukkan sambal tuna untuk 4 orang !
Sedap.. memang sedap.. masa tu perut aku lapar. Banyak betul aku makan malam tu.

Then,
Kami disajikan pulak dengan alunan Qasidah oleh adik2 DZ tu. Okey, yang sambut kami tadi tu semua students Mesia tau. Yang Qasidah tu pon orang yang samo yo..

Dah kenyang, relex, sembang sikit2 dengan dorang, kami dipanggil ke Bilik Pendaftaran. Ada sesi tasjil (daftar) :
-     Isi borang
-     Tasmi’ bacaan Al-Quran
-     Tentukan Mustawa (peringkat) kelas sepanjang Dawrah kami nanti.
yang aku tengok urusetia pendaftaran tu semua student DZ je. ada dari Indonesia, Kenya dan Mesia.
Aku masuk Mustawa satu. sebab aku bukan student Syariah. so, better aku start dari bawah la.


borang pendaftaran Dawrah Saifiyyah


Dawrah ni ada 2 kelas.
1.    Kelas Feqh
2.   Kelas Hadis

Dan setiap kelas ada 3 mustawa.
“Makin tinggi nombor, semakin tinggi mustawa” – ecewwwwahhh berhipotesis pulak aku.

Kalau Mustawa Satu macam aku ni,
- Kelas Feqh aku belajar Kitab Risalah Jaamiah



- Kelas Hadis, belajar Kitab Mukhtarah Hadis Asy-Syarif.

Pengajarnya adalah Syeikhah Arab - mostly ustazah2 kat DZ la.. muda-muda lagi. rasa macam sebaya je umur. Saiz pon lebih kurang. hehh


Sepanjang dawrah ni, urusetia semuanya dari students DZ yang tak balik bercuti ke negara masing-masing. Dorang semua berkhidmat untuk dawrah ni.. ikut pembahagian lajnah masing-masing la.. tapi dorang saaaaaaaaaaangat ringan tulang. tak payah tunggu orang suruh pon, terus buat je..
sebab....
dorang kat sini memang diterapkan nilai berkhidmat dalam kalangan pelajar. yang aku perhati la kan..
kat kantin ada students mop lantai
kat dapur ada students serve makanan
kat musolla pon ada students susun alQuran, sapu sampah
sampai kat toilet pon ada students tolong cucikan..
kiranya buat kerja dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. cukuplah sekadar ganjaran daripada Allah.
yahhh, thats all.


okay..
sekarang aku nak share ...
jadual aku sebagai pelajar dawrah pada 1 Ramadhan 1435 H :

8.50 p.m.         : Pengumuman Puasa Ramadhan.
Masa tu aku dan pelajar lain tengah makan malam lepas Isya'. kami semua ingat esok tak puasa lagi sebab takde sapa2 pun yang umum.. sekali time makan tu ada annaucement. habis bergegar DZ dengar suara semua orang bersorak gembira.. macam dengar pengumuman raya dah. Masa tu aku rasa sebak sangat. sebab seumur hidup aku tak pernah lagi aku tengok orang sambut Ramadhan sampai macam tu sekali. Ada yang melompat-lompat, ada yang bergelak gembira, ada yang berpeluk-pelukan, tak kurang jugak yang menangis meraikan kedatangan Ramadhan.
Solat Terawih 20 rakaat + Witir 3 rakaat.


11.00 p.m.              : Kelas Feqh.
Untuk kelas Mustawa Satu macam aku ni ramai sanagt pelajar. Arab lagi, Melayu lagi. memang ramai. Sebab yang datang Dawrah ni ada yang takde basic bahasa Arab pon. so, bila ustazah Arab yang ajar memang tak paham ape la kan.
InshaAllah,
MasyaAllah,
Allahu akbar tu la yang paham pon..
So, Urusetia Dawrah susun bagi ada yang mengajar dalam bahasa Melayu. so, bagi Mustawa Satu dibahagikan kepada dua kelas pulak.
1 kelas dalam bahasa Arab.
1 kelas dalam bahasa ibunda- Melayu.

Baru la peserta Dawrah-Melayu faham kan.. kalau tak, rugi jugak la datang jauh-jauh, mahal lagi tapi tak paham apa yang belajar sepanjang Dawrah tu.

Tapi untuk Mustawa Satu je lah. Mustawa Dua dan Tiga still fully in Arabic. sebab semuanya ada basic Arab dah. takde masalah la.


12.00 a.m.        : Pengajian Hubabah Nour. درس حبابة نور
lepas sejam belajar Feqh di tingkat atas, kami berpindah pulak di halaman DZ kat bawah untuk ikuti pengajian dengan Hubabah Nour.

Nak tahu sape Hubabah Nour ni?
Hubabah Nour adalah Isteri kepada Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Pengasas Darul Mustafa. alaa yang datang Mesia tu.. Habib Umar ni macam ketua la ni kawasan ni.
Antara kitab yang Hubabah Nour kupas sepanjang Dawrah ialah :
1. Kitab Al-Azkar - karanagan Imam Ghazali
2. Kitab An-Nafahatur Ramadhaniah - karangan bapa Hubabah Nour sendiri.
3. Kitab satu lagi aku tak ingat nama apa. tapi dalam kitab tu ada kata-kata/nasihat habib untuk setiap malam di bulan Ramadhan. bermula dari 1 Ramadhan - 30 Ramadhan.

Kitab Al-Adzkar karya Imam Ghazali


Orait..
Sapa pulak bapa Hubabah Nour ni?
Beliau adalah al-allamah ad-Daeiah ilallah Habib Muhammad bin Abdullah Al-Haddar. Seorang habib, Wali, Ulama' besar di Yaman ni.

kitab karangan Hbaib Muhammad bin Abdullah Al-Haddar


sambung lagi eh..

1.15 a.m.          : Tidur.
Habis je Dars Hubabah Nour, kami semua naik atas Musollah atas (Musolla Ummu Abiha). Musolla atas tu guna untuk program-program ja. so, sepanjang Dawrah ni aku situ la tempat aku beradu tiap-tiap malam.


3.00 a.m.         : Sahur + Qiam.


4.00 a.m.         : Solat Subuh + Awrad lepas subuh.


5.00 a.m.        : Pengajian Habib Umar (Rawhah Subuh)
Untuk pengajian selepas Subuh ni, Habib Umar mengajar ilmu Tafsir.
Habib mengajar secara langsung di Musolla Darul Mustafa. Kami yang ada di Dar Az Zahra ni tengok live kat screen TV yang dipasang di DZ. Maju kan??
Rawhah ni pon ada translation melalui Siaran Radio.
terjemah dalam bahasa Melayu dan bahasa Enggeris. mostly students Dar Mustafa la yang terjemahkan.
untuk terjemahan bahasa Melayu frekuensinya 91.3
kalau English tak ingat pulak.. sebab aku jarang bukak.. hehee
Kelaassssssssss tak Dar Mustafa ni?????


6.00 a.m.         : Dhuha + balik sakan, Tidur.
disebabkan DZ dah penuh penempatannya, jadi pelajar Dawrah ditempatkan di asrama luar. aku dapat Sakan Husin. Kat belakang DZ ja pon. jalan sikit sampailah. Kat sini memang dorang tidur lepas Dhuha.. sampai lah nak Zohor nanti baru bangun. Kalau keluar time pagi tu memang takde orang pon kat jalan.. Satu Tarim tengah tidur masa tu. sebab dorang dah berjaga beribadat disebelah malam, so pagi dorang rehat la.


12.00 p.m.              : Zohor + Halaqah Quran.

sekadar gambar hiasan

Solat Zohor di sakan. Selesai solat baca Awrod lepas Zohor pulak. Lepas tu baru lah kami start Halaqah Alquran. Group kami ditetapkan oleh urusetia. Disebabkan sakan aku ada orang Mesia, Kenya.. so, group aku pon ada budak Kenya dan musyrifahnya pon Kenya jugak- Hafizah tau.
Harapan ustazah, halaqah ni dapat khatam 10 kali al-Quran sepanjang Dawrah ni.. MashaAllah.. tingginya target.


3.00 p.m.        : Balik DZ + solat Asar + Awrad lepas Asar + Pengajian Habib Umar.
Untuk Rawhah petang, habib buka bab :
1. Sirah
2. Tasawwuf.


6.25 p.m.         : Buka puasa !!
Buka puasa dengan kurma, air dan kuih-kuih sikit.. lepas tu, terus solat maghrib berjemaah. Disambung pulak solat Sunat Tasbih berjemaah.


7.30 p.m.         : Baru lah makan nasi. makanan berat sikit. Macam biasa lah.. makan berjemaah. Satu talam 6 orang.
Alhamdulillah..


nampak kepala kambing tuuuu??


8.45 p.m.         : Solat Isya' + Terawih + Witir
(aktiviti berputar)