Tuesday, 30 September 2014

DAR MUSTAFA !!

Assalamualaikum.. haaa ini dia Enchek Suami dah maiiiii
entri kali ni biar i pulak yang tulis. asyik Madam F je kan.. lagipon, entri ni pasal madrasah untuk syabab. so, afdhal lagi lah kalau i yang tulis.. dari hati ke hati gitu.. hahahah :D :D :D

okayy. i'll start with this
.
.
.
.
.


·       DAR MUSTAFA

Logo Dar Al Mustofa


Dar Al Mustafa diasaskan oleh
        1. Al Habib Ali Masyhur bin Muhammad bin Salim bin Hafizd
        2. Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizd



dan
telah ditubuhkan pada bulan Syawal tahun 1414 H (1993 M)
dan dirasmikan pada hari Selasa 29 Zulhijjah tahun 1417 Hijrah. (1997 M)


TUJUAN DAN MATLAMATnya
Penubuhan Dar Al Mustofa adalah berteraskan 3 matlamat utama :





1. ILMU
Penguasaan  dalam ilmu-ilmu syariah dengan kaedah talaqqi daripada syeikh-syeikh yang mempunyai sanad bersambung kepada Imam Mazhab sehingga kepada sumber yang mulia Nabi Muhammad S.A.W.
2. SULUK   
Penyucian hati dan  jiwa (dari sifat-sifat keji) dan menghiasinya dengan akhlak yang mulia serta beramal dengan sunnah dan akhlak Rasulullah S.A.W ke arah mendekatkan diri kepada Allah taala.
3. DAKWAH
Penyebaran dakwah dengan memperkenalkan Agama Islam dan Sunnah Nabi S.A.W disamping menyatukan kaum muslimin, bersangka baik, dan sabar menghadapi kesusahan serta mempunyai pendirian yang teguh.

SISTEM PEMBELAJARAN DAN PROGRAM-PROGRAM

Pengajian dan program yang dijalankan di Dar Al Mustofa adalah seperti berikut :

 1. Pengajian Ulum Syariah
 (Manhaj rasmi)terbahagi kepada 4 peringkat:

 i.   Peringkat Ibtidae' (permulaan)-(المرحلة الابتدائية) tempoh pengajian satu tahun.
ii.   Peringkat I’dadi (pertengahan)-(المرحلة الإعداديtempoh pengajian dua tahun
iii.   Peringkat Thanawi (Menengah)-(المرحلة الثانويةtempoh pengajian empat tahun
    (pelajar dapat mengkhatamkan 30 juz Al quran dan Kitab Riyadus Sholihin  
     secara hafazan)
iv. Peringkat Jami’ah (universiti)-(المرحلة الجامعة)tempoh pengajian empat tahun
    (termasuk 3 bulan untuk praktikal)

2.  Pengajian Tahfiz Al Quran (menghafaz 30 juzu'-1 tahun)

3.  Pengajian Kursus Jangka Masa Pendek (1 tahun)
-di buka untuk pemohon (berkelayakan) yang berminat untuk mendalami 3 matlamat (Ilmu, suluk, dakwah)

4.  Pengajian Kursus Bahasa Arab (1 tahun)
-di buka untuk pemohon yang tiada asas Bahasa Arab


 MATLAMATnya-PEMBENTUKAN AKHLAK :
1.  Mengamalkan sunnah-sunnah Nabi S.A.W dan mempunyai akhlak yang mulia.
2.  Membaca azkar dan aurad dalam Khulasah Madad An-Nabawi pada waktu yang telah ditetapkan.
3.  Berpuasa sekurang-kurang 3 hari pada setiap bulan (pada tarikh 13,14 dan 15 haribulan hijri)
4.  Bersedekah sekadar kemampuan pada setiap hari

PENYEBARAN DAKWAH :
1.  Mewajibkan pelajar keluar Dakwah Mingguan bermula pagi Khamis sehingga selepas solat Jumaat mengikut giliran.
2.  Ulama’, tempat-tempat bersejarah, masjid-masjid dan maqam-maqam para aulia’.
3.  Menghadiri majlis-majlis maulid, Haul-haul ulama yang diadakan pada waktu tertentu.
4.  Mengadakan perjumpaan dengan ulama'-ulama'



KEMUDAHAN DAN PRASARANA
(sama je dengan Dar Zahra')
1.  Asrama : Setiap bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas angin , almari, meja belajar dan lain lain.
2.  Perpustakaan

 

3.  Klinik
4.  Bilik tetamu
5.  Kedai buku
6.  kedai makan
7.  Kantin
8.  Kedai runcit
9.  Perkhidmatan telefon
10.Perkhidmatan simpanan dan tukaran wang asing
11.dan lain lain

cumanya... haaa.. ada cumanya..
Dar Mustafa ni lagi power tau. Dia ada Stesen radio sendiri
    
                
SYARAT-SYARAT PENERIMAAN PELAJAR

1.       Membetulkan niat untuk berkhidmat kepada agama Islam dan seluruh muslimin serta berdakwah kepada kebenaran .
2.       Mampu memahami & berkomunikasi dengan Bahasa Arab    ( membaca , menulis , bertutur )
3.       Hendaklah berumur melebihi 18 tahun . Jika  pelajar  berumur  17  dan  ke  bawah  hendaklah  tinggal  bersama  ahli keluarga  atau  penjaga.
4.       Kedatangan ke  Dar Al Mustofa hendaklah melalui pihak perwakilan yang telah ditentukan  oleh Dar Al Mustofa (jika ada).
5.       Bagi pelajar yang yang ingin terus memasuki peringkat I’dadi hendaklah selesai belajar kitab-kitab seperti yang telah ditetapkan di peringkat Ibtida’i. Begitu juga pelajar yang ingin terus memasuki peringkat Thanawi & Jamiah, hendaklah telah selesai belajar kitab-kitab yang telah ditetapkan di peringkat I’dadi & Thanawi.
6.       Lulus ujian penerimaan pelajar baru yang dijalankan di Dar Al Mustofa
7.       Mengemukakan permohonan lebih awal ( Jamadil Awwal@Jamadil Akhir ) dan hadir di Dar Al Mustofa  ketika tempoh penerimaan pelajar baru iaitu di awal bulan Rejab hingga pertengahan bulan Syaaban setiap tahun. ( REJAB – SYAABAN )
8.       Lulus pemeriksaan perubatan semasa kedatangan sebagai jaminan selamat dari penyakit yang berbahaya. ( HIV / Hbs Ag / HCV / HepB )
9.       Berkemampuan untuk membayar yuran-yuran yang ditetapkan :



1. Yuran Dar Al Mustafa
190  USD@
36 000 YER Bayaran untuk setahun

2. Bayaran pemeriksaan darah
7000 YER

3. bayaran visa tahun pertama
50 USD @
9000 YER

4.Bayaran visa untuk tahun seterusnya
8000 YER

5.Bayaran wang jaminan (Tiket pulang-mengikut perubahan harga tiket)
520 USD

6.Yuran pembelajaran (Untuk Kursus Bahasa Arab Sahaja, ditambah dari kos diatas)
550 USD

# rasanya yuran Dar Az Zahra pun samo yo..



p/s:
i pun ambik kat blog yang sama Madam F ambik..
http://habibfudhail.blogspot.com/2013/04/pengenalan-dar-al-mustofa-liddirasat_18.html
boleh rujuk situ ye kalau ada nak cari maklumat tambahan.


·       DAWRAH SAIFIYYAH


*Disamping program-program diatas,  Dar Al Mustofa juga mengadakan Kursus Musim Panas (Dawrah Saifiyyah) pada setiap awal bulan Julai selama 40 hari. Program ini terbuka kepada mahasiswa, guru-guru, kakitangan  kerajaan dan orang awam dari pelbagai negara seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment