Monday, 22 September 2014

Yaman lagi..

siri II

23 Jun 2014.

Lepas Zohor barulah kami mula bergerak. maklumlah semua pakat letih. kalah pilot yang bawak flight tu kan..
mula-mula cari bank + Sorofah (Money Changer) dulu. 
Semua benda nak pakai fulus fulus fulus,,,,



100 USD = 21500 YER





                    ini dia currency.
            matawang Yaman adalah Riyal.

1000 Riyal Yaman not kertas yang paling besar ada di sana













·       makan

kawan kat sana bawak kami pergi makan kat restoran yang dekat dengan hotel tu.

مطعم اهلا وسهلا    (Welcome Restaurant)

tengok menu...
ehh.. ada samak la.. (ikan) sebab dah lama tak makan ikan, kami semua pun setuju la nak makan ikan bakar + nasi mandy kosong. memang tak sabar betul nak makan ikan..
Jordan susah tau nak dapat ikan.. ada tapi tak fresh.. semua frozen. untung-untung kat Yaman ni ikan fresh kompom sedap..


sekali dia mai... 



nahhaiiii.. 
ikan bakar rentung daa

tak fresh pun.
dan pun pun laaa..
tapi at least ada jugak makanan nak isi perut kan.
say ALHAMDULILLAH ya Rabb..


Lepas Asar, kami semua pegi Babul Yaman (Pintu Yaman). Takde lah jauh sangat dari hotel. dalam 15 minit macam tu ja naik van sewa. tapi depends on traffic jugak. kalau dah jalam jam tu.. fahamlah kann.



·        Babul Yaman

Babul Yaman ini adalah kota tinggalan Tentera Abrahah 3000 tahun dulu. Tentera Bergajah yang pernah serang Ka'bah tuu. Lalu Allah datangkan burung Ababil yang bawak peluru berbentuk batu yang dikatakan dari syurga untuk lawan dengan Tentera Bergajah ni.. Burung je.. tapi boleh kalahkan berapa banyak gajah yang ada pada masa tu.
MashaAllah.. Hebatkan Allah??
# nak tau kisah ni, dengarlah lagu RAIHAN : Ababil.... 
(Abaaaaaaabillll kisah mula dari Al-Quran... Abaaaabillll.... lalalalalalala) nanyi sendiri..


Bangunan kat sini cantik.. ada senibinanya tersendiri.


Rombongan mak Jemah dah sampai Babul Yaman :D


and..

Sekarang ni kawasan Babul Yaman ni dah jadi tempat beli belah. ada souvenier, jubah, niqob, kekacang, kurma.. semua ada lah..

dan..

Ada sebuah masjid dalam tu. Masjid Kabir. dikatakan masjid tu dibina dari zaman Tentara Abrahah dulu lagi. know what? tengah-tengah masjid tu ada replika Ka'bah. dia punya bangunan masjid pun macam Masjidil Haram. Masjid mengelilingi Ka'bah. Cuma dia kecik je la.



ni replika Ka'bah di tengah-tengah Masjid Kabir

# Enchek Suami aku cakap masjid tu sekarang ni dikuasai oleh puak Syiah.

- aku pun dah masuk masjid tu. solat situ tapi berimamkan suami aku la, coz imam dia time tu syiah.

- aku pon dah tengok sendiri Ka'bah tu.

- aku pon dah masuk toilet dia yang besar + jauh tu (opss.. toilet sana untuk lelaki je. tapi dah urgent.. hahahah)







shopping sikit-sikit pastu kami balik ke hotel.

Sebelum tu singgah dulu kat kedai PERFUMES !
PERFUMEs REHAB namanya. Macam2 jenis ada jual kat situ. Dari yang paling murah sampai la ke yang paling mahei.. 
part ni suami aku bersinar-sinar bola matanya.. dia memang suka sangat perfumes. Kat rumah ni berapa banyak dah botol perfumes yang dia buat koleksi..

Tapi takpe Boss, I like your choice. Setakat ni perfumes Enchek Suami, semua aku suka.. kadang-kadang TERRRguna jugak.. opssss..





Mrs. F
Mr. F





Lepas tu,
Restoran Remas. Ala-ala restoran high-class gitu. katanya ada chef Mesia penah shooting kat situ. haha masuk tv kauuu jahhh..
ada 4 tingkat semuanya.. kami panjat and stay kat tingkat paling atas. cantik. berlatar belakangkan Masjid Sya'b (Masjid Rakyat) iaitu Masjid Negara Yaman. memang cantik masjid tu.. besar.


Nampak Masjid Sya’b kat belakang tu?



Ni  lah geng syabab Jordan + Yaman = Mesia  (ehehh..)
                                                       


ok. back to the restaurant. kami pilih untuk makan broast chicken sorang satu set. boleh tahan jugak la price dia. 5 STAR kot yee.


Then..

balik hotel.

t.i.d.u.r.

esok bertolak ke Hadramaut !!


No comments:

Post a Comment